Membuat pinjaman bank pada individu
tertentu adalah sesuatu yang memudahkan, tetapi pada sesetengah orang
membuat pinjaman dengan bank adalah satu perkara seumur hidup yang
menyakitkan hati. Sudah lah banyak dokumen yang perlu disediakan,
alih-alih pinjaman pula tidak dapat diluluskan… kenapa?
Saya bukanlah seorang yang arif tentang
prosedur bank, cuma bergiat didalam industri hartanah membuatkan saya
secara tidak langsung bercampur dengan rakan-rakan dari industri
kewangan ini.
Pertama sekali, saya ingin bertanyakan
kepada anda… anda tahu tak sebenarnya institusi perbankkan bukanlah dari
industri hartanah? mereka adalah “alien” disini tetapi didalam masa
yang sama kita sangat-sangat memerlukan mereka, kenapa?
Yup! memang pun, tetapi apa boleh buat,
memang lumrah hidup, memang susah kita hendak membuat simpanan, asalkan
ada duit.. ada saja benda lain untuk digunakan. Jadi sampai ke tua pun
kita tidak akan memiliki rumah. Dengan adanya bank sebagai wahyu anda…
mungkin sudah tiba masanya anda merealisasikan impian memiliki hartanah
idaman.
Berbalik pada tajuk artikel ini, kenapa
bank menolak pinjaman anda? secara asasnya saya pun tak tahu. Tetapi
alasan yang kerap saya terima dari bank, pemohon ini tidak
berkelayakkan, liabiliti pemohon tinggi, ccris, ctos, business tak
bagus, penyata bank tak selari, penyata epf, pemohon tak bayar cukai…
dan macam – macam hal lagi.
Jika pinjaman anda tidak lulus dengan
sebuah bank, mungkin cawangan dan bank lain dapat membiayai pemilikan
rumah anda. Saya mempunyai beberapa pelanggan yang memohon pinjaman pada
cawangan yang berdekatan dengan pejabatnya… Selepas seminggu seorang
“officer bank” menelefon si pemohon dan mengatakan pinjaman tidak
diluluskan kerana faktor laibiliti atau komitmen yang terlalu tinggi.
Tetapi apabila dia pergi momohon ke cawangan bank berhampiran dengan
rumahnya, permohonan itu telah diluluskan tidak sampai seminggu pun.
Pada hal masih bank yang sama…. cuba fikirkan….
Jika pihak bank memberi alasan “anda
punyai komitmen yang tinggi”, anda sebenarnya masih berpeluang, kerana
saya dapati ada sesetengah cawangan mempunyai kouta tertentu.
Pengurus-pengurus pinjaman disana mempunyai had maksima untuk meluluskan
pinjaman sebelum mereka menghantar permohonan itu ke ibu pejabat untuk
mendapatkan kebenaran. Walau pun begitu jangan anda berdegil, jika 2-3
bank telah “reject” permohonan anda, ini bermakna memang komitmen anda
tinggi. Cuma jika anda gagal kali pertama, tidak bermakna anda tidak
dapat membiayai rumah anda, cari bank lain.
Dari maklumat yang saya terima, ada juga
sesetengah bank hanya meluluskan peruntukkan tertentu pada sesuatu
projek. Sebagai contoh untuk projek A bank ini memperuntukkan RM20 juta
dan jika kelulusan telah lebih dari kuota bank…. mreka akan mula
“reject” semua kes-kes yang datang dari perojek ini.
Tidak perlu risau… sebaliknya tanya
kembali pada pegawai bank – Kenapa permohonan anda ditolak? ada cara
lain untuk saya mendapatkan pembiayaan rumah saya? mungkin pegawai itu
dapat memberikan beberapa cadangan kepada anda.
Apa-apa pun jangan berputusa asa, cuba
tanya pada penjual hartanah anda mungkin beliau dapat membantu didalam
pencarian anda ini. Kebiasaan mereka yang terlibat didalam hartanah akan
memberikan anda nombor telefon pegawai bank yang boleh dipercayai dan
pantas didalam kerja.
Semoga berjaya pelabur semua.
Mencari pinjaman akses mudah dari perusahaan yang sah pinjaman, Persetujuan Instan, Tidak ada jaminan, Low tingkat, pastikan Anda mengunjungi Rachel Hernandez Perusahaan Pinjaman karena perusahaan pinjaman yang tepat, kami menyediakan semua jenis pinjaman sebesar 2%. Jika Anda tertarik, Anda dapat menghubungi kami melalui email di: company@gmail.com pinjaman rafi.reinhard
ReplyDeleteDengan Tulus,
Mr.Rafi